KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.
Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.
Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.
Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda.
Antara mesej Rasulullah SAW ialah hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu.
Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”
Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta. Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya.
Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).”
Di sini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam Islam kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.
Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang menekan negara miskin terutama Negara Dunia Ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah.
Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.
Baginda SAW menyambung lagi: “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”
Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”
Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.
Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”
Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.
Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?
Termaktub didalam Sulalatus Salatin, Al-Kisah angkatan rombongan Sultan pergi meminang Puteri Gunung Ledang. Didalam angkatan rombongan itu ada Dendang Anak namanya..Benua membawa jalan..
Sunday, 29 May 2011
Thursday, 26 May 2011
Amanat Syeikh Ahmad Yasin
Syeikh Ahmad Yasin yg begitu kecewa dan sedih dgn sikap bangsa Arab telah berkata:
“Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab,sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku seorg tua yg lemah ,tidak mampu memegang pena dan mengandang senjata dgn tanganku yg sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorg penceramah yg lantang yg mampu menggegakan semua tempat dgn suaraku( yg perlahan ini)
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda)ku. Aku, yg sudah beruban putih dan berda di penghujung usia. Aku yg diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala mcm penyakit dan kecacatan yg menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu ..wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yg berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yg bangkit menyatakan kemarahan Allah…. Tiada satu kumpulan(drpd kalangan kalian) yg bangkit menentang musuh2 Allah yg telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami drpd golongan mulia kpd golongan yg dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta penganas…Tidak adakah yg mahu bangkit menentang musuh2 yg telah berjanji setia utk menghancurkan dan menghukum kami.
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yg dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsa tanpa memandang kami dgn pandangan yg mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya,parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah keranan Allah dgn kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan>>>:
“YA Allah!,,perkuatkanlah saudara2 kami yg sedang dipatah- patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara2 kami yg lemah ditindas dan bantulah hamba2mu yg beriman”
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar ttg peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dgn tertulis di dahi kami bahawa kami mati berdiri dan didepan musuh, bukan mati dlm keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak2 kami, wanita2 dan org2 tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yg diam dlm kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahwa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dlm kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya upaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yg lalai drpd menunaikan kewajipan yg diamanahkan.
Kami juga berharap kpd kalian supaya jgn menjadi musuh yg menambah penderitaan kami. Demi Allah jgn menjadi musuh kpd kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini“
“Ya Allah!! Kami mengadu kpdMu…kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu…kami mengadu kepadaMU lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kpd siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada org yg jauh yg akan menyerbu kami . Atau kepada musuh yg berkuasa ke atas kami?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yg tertumpah, maruah yg ternoda, kehormatan yg diperkosa, kanak2 yg diyatimkan, wanita2 yg dijandakan, ibu2 yg kehilangan anak, rumah2 yg diruntuhkan, tanaman2 yg dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan umat kami , berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya haluan kami, terbelakangnya kami,
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami dan betapa berjayanya musuh2 kami…..“
p/s. Kita di Malaysia harus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pejuang2,anak2,ibu2,warga tua yg ada disana semoga mereka tabah mengharungi kehidupan.Kita tidak mempunyai senjata canggih tetapi kita ada senjata paling ampuh iaitu ’DOA“ >>>“Berdoalah..nescaya akanKu perkenankan“…Itulah kekuatan yg kita ada.Allah sentiasa di sisiMu wahai Rakyat Palestin!
Subscribe to:
Comments (Atom)
